Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda: "Apabila telah
sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke
perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya
mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan
saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah s.a.w.. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S.
akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat
syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini
adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang
munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang
yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu
tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila
Allah s.w.t. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut
roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya
berzikir kepada Allah s.w.t." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan
itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t. dan menjelaskan apa yang
diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan
bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari
arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis
ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut
roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah
telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba
mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut
kembali kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada
roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah s.w.t.
maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah s.w.t.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang
kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama
menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang
berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada
berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin
yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak
orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat."
Telah bersabda
Rasullullah s.a.w.: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di
hari Arafah.
Tanda-Tanda
Saat-Saat Kematian
“Bagaimana kamu kufur
(ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian
kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan”
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)
Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan
ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan
kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan
menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran
menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi
tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala
persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai
bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam
Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam
Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita
sesungguhnya Allah s.w.t. tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.
Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat
bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah s.w.t.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam
sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa
mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan
kekufuran mereka kepada Allah s.w.t.
Adapun tanda-tanda
ini terbahagi kepada beberapa keadaan:
Tanda 100 hari
sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah s.w.t. kepada hambanya
dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang
baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka
sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran
ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang
hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap
begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda
ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum
hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian
pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah s.w.t. Maka
malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya
sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang
diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi
kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis
dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan
jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur
akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan
satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan
menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah
s.w.t. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam
keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.
Sesungguhnya
marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kita adalah di
antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran
untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan
terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah s.w.t. mahupun dari
manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun
sesuai dengan sifat Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha
mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih
boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa
dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah s.w.t. semata-mata.
Oleh itu
marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan
petunjuk oleh Allah s.w.t. serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan
juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. samada di
dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah s.w.t.
dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima Kasih Atas Partisipasi Anda